permaisuri hatiku

Kerja Kecil, Jiwa Besar

Wednesday, November 11, 2009

"Pergi masjid di sana dan belajarlah sesuatu daripada sorang lelaki." Begitulah pesanan pendek gurunya.

"Lelaki yang mana satu? tanya si murid, untuk lebih jelas.

"Kamu akan tahu nanti."



Si murid pun pergi ke masjid yang dimaksudkan. Setelah solat, dia melihat seorang lelaki sedang membaca al-Quran. Lama ditunggunya, tetapi lelaki itu terus membaca al-Quran tanpa memperdulikannya.

Dia terpandang pula seorang lelaki berhampiran mihrab, sedang menelaah beberapa buah kitab. Setelah memberi salam dia menegur,"Tuan, boleh tuan ajar saya sesuatu?"

" Maaf saya sibuk ni. Awak datang tidak kena pada masanya", jawab lelaki itu tanpa menolehnya. Matanya terus asyik melihat kitab-kitab yang sedang dibacanya.

Si murid agak kecewa. Siapa lelaki yang dimaksudkan oleh gurunya?

Oleh kerana tiada orang lain lagi di dalam masjid itu, maka ia pun bercadang untuk pulang. Ketika menyarung kasutnya dia terpandang seorang lelaki yang agak tua, sedang membersihkan longkang masjid. Pakcik itu menegurnya dengan ramah sekali.

"Dah berapa lama pakcik berkerja di sini?" tanyanya sekadar memeriahkan perbualan. Tidak ada apa-apa ilmu agama pun yang boleh dipelajari daripada lelaki yang kerjanya membersihkan longkang di masjid, bisiknya dalam hati.
"Hampir 15 tahun."
"Seronok?"
"Seronok seklai nak," kata lelaki itu sambil tersenyum.

Dilihatnya cara pakcik itu membersihkan longkang masjid begitu halus dan teliti. Celah-celah longkang yang paling kecil dan sempit dicucinya. Begitu tekun sekali.
"Pakcik, celah-celah rekahan longkang itupun pakcik nak cuci. Hairan saya"
"Apa yang nak dihairankan?"
"Bukan ada orang nampak pun banda-benda kecil sebegitu..."
"tapi Allah nampak nak'' kata pakcik itu sambil tersenyum.

Murid tadi terdiam. Rupa-rupanya pakcik itulah yang dimaksudkan oleh gurunya!

Pengajaran :Kerja yang kecil sekalipun tetapi jika dibuat dengan hati yang besar akan mendapat nilaian yang tunggi daripada Allah. Hati yang "besar" ialah hati yang mengharapkan keredhaan Allah, yakni ganjaran yang lebih besar berbanding nilaian manusia



Sumber : Solusi isu # 13, m/s 108.

0 comments:

Post a Comment

 

©2008 the hunter of redha | DezembroI by TNB

This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates