permaisuri hatiku

j0m BeruBah Same2..nak??

Tuesday, February 2, 2010

Ada seorang teman ni pada asalnya dia berminat melihat orang-orang yang memakai tudung-tudung labuh. Namun dia belum masih punya kekuatan untuk berubah secara mendadak kerana dia berasa takut kalau dia tak mampu belajar untuk istiqamah dan dia takut kalau-kalau diperli oleh teman-teman yang lain dek kalau terlalu cepat dia melakukan perubahan pada dirinya. Setelah sekian lama memendam perasaan ingin berubah telah timbul dalam hatinya untuk…

Mulakan langkah awal…

Merasakan terlalu mendadak baginya cuba untuk memakai tudung labuh dari tudung bawal yang jarang dan singkat, dia memulakan dengan menjatuhkan tudung bawalnya ke bawah dahulu. Jika dahulu dia sering menyilang tudung , dia cuba dengan mengubah untuk menjatuhkan tudungnya ke bawah. Pada hari pertama dia memakainya rakan-rakan menegur…

“makcik nak jual ape makcik?”

“kau nak pergi pasar ke ni?”

Kata-kata semangat agar dirinya dapat berubah menjadi yang lebih baik dari rakan-rakan yang diharapkan, tetapi tomahan yang mereka berikan . Tetapi Alhamdulillah masih dikuatkan hatinya untuk ditabahkan hati menahan penangan sinis dari rakan-rakan yang tidak memahami.

Tekad baru…

Setelah beberapa lama , mula timbul perasaan baru untuk memakai tudung akel(bidang 50). Tudung ni tidak la selabuh mana namun sekurang-kurangnya tidak la sejarang tudung bawal.
“Tidak sejarang tudung bawal. Iya aku nak pakai tudung bidang 50 pulak”. Dikuatkan sekali lagi hatinya untuk memakai tudung bidang 50 ke kelas.

“Tak sesuai la kau pakai ..macam mak orang “

“Ish…macam orang tua la”

Iman mula goyah

“Teruk sangat ke aku pakai tudung ni? Aku nak belajar berubah menjadi hambaNya yang lebih baik.”

“Hina sangat ke aku pakai tudung ni? Elok sangat ke kalau aku pakai tudung yang jarang?”

“Salahkah aku untuk berhijrah ke arah yang lebih baik?”

Setelah sekian lama diperli rakan-rakan , dia kembali dengan tudung yang lama. Kali ini tidak ada pula kata-kata yang menyakitkan hati. Semua orang seakan setuju dengan perbuatannya. Dia mula tertanya-tanya dalam hati… “Adakah ini yang lebih baik untukku Ya Allah?” Namun dibiarkan sahaja persoalan itu tanpa jawapan. Yang penting rakan-rakan tidak lagi mengata.

Bisikan hidayah

Walaupun mungkin telinga tenang dari penangan kata-kata sinis dari rakan-rakan, namun tak semudah itu untuk hati kekal tenang. Dicari-cari di manakah kelemahan diri. Ya, dia telah terlupa sesuatu….

Firman Allah S.W.T dalam surah An-’Alkabut ayat 2…
“Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman ,” dan mereka tidak diuji? “.

Ya..dia terlupa akan ujian Allah kepadanya. Mudahnya iman goyah dek kata-kata dalam sekelip mata. Jauh dari sudut hati telah memaki rakan-rakan yang telah memerli diri, menyalahkan yang telah menyebabkan dia kembali berubah tanpa terfikir itu mungkin ujian Allah kepadanya. Mana kan mungkin datang kepada kamu seseorang dan berkata aku sebenarnya diutuskan untuk menguji kamu? Ya,itu adalah mustahil…Tanpa disedari mungkin kata-kata dari rakan-rakan itu adalah ujian dari Allah untuk Dia mengetahui sejauh manakah kekuatan hati seorang hamba untuk berpaut pada jalan yang diredhaiNya .
“Ya Allah betapa hati ini telah mudah goyah dari landasan hidayahMu. Diharapkan masih ada lagi ruang untuk diri ini berubah.”

Ikhlaskan hati

Alhamdulillah masih ada lagi ruang untuk kembali kepadaNya . Apa yang penting sekarang adalah untuk ikhlaskan hati. Pada awalnya masih ada kata-kata yang tidak sedap didengar, namun Alhamdulillah setelah seketika tidak ada lagi kata2 sinis dari rakan-rakan. Yang tinggal hanyalah hati yang ikhlas untukMu Ya Allah. dan Alhamdulillah rakan-rakan yang dahulu asyik memerli kerana memakai pemakaian tudung labuh juga belajar memaikainya. Bahkan mereka lagi istiqamah. Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Hidayah itu sememangnya milikMu…

Kadang-kadang kita terlalu mudah mengambil kata-kata dan pandangan orang dalam membentuk peribadi diri. Sedangkan apa yang diutarakan mereka masih belum pasti betulnya..

“Orang akan kata aku hipokrit ke?”

“Boleh ke aku nak istiqamah ni?”

“Aku takut kalau orang kata aku ni hangat-hangat tahi ayam aje”

“Kalau orang pikir aku buat ni sebab orang lain macammana?”

Rakan-rakan sekalian, kita pasti tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang. Orang tetap akan mengata samaada benda yang kita buat tu betul atau salah..betul tak? Apa yang paling penting adalah apa yang kita buat itu adalah berlandaskan syariat islam demi untuk mendapatkan keredhaanNya. Itu yang penting dan lebih utama dan bukannya kata-kata dari rakan-rakan. Ikhlaskan niatmu dan kamu pasti akan mendapat pertolongan dariNya. Dia yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Mintalah agar hatimu sentiasa ditetapkan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga apa yang kita semua lakukan, sentiasa mendapat keredhaanNya…amin….

tanda-tanda kematian MULIA

Saturday, January 23, 2010

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.



moge kite termasuk antara golongan-golongan diatas....

24 perkara

Monday, January 18, 2010


Tinggalkan 24 perkara iniSesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.


1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.


2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.


3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.


4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)


6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.


7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.


8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.


11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati bolehdatang bila-bila masa.


12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.


14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.


15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.


17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.


18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.


19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.


20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.


21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.


22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.


23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.


24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

takutkah kita??

Friday, January 1, 2010

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, “Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?”

Maka berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik saya telah membaca ayatal-Qur’an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, ” Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”

Berkata orang tua itu, sambil menangis, “Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”

10 sebab doa terhijab

Wednesday, December 30, 2009

“Wahai Ibrahim Adham, Kami telah berdoa kepada Allah tetapi masih tidak diperkenankan-Nya. Beritahu kami, apakah sebabnya?” Ibrahim Adham menjawab, “Terhijabnya doa disebabkan sepuluh perkara.....”

1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-Nya (Perintah-Nya)

2. Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak beramal dengannya.

3. Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu, tapi kamu menurut hasutannya.

4. Kamu mendakwa mencintai Rasulullah s.a.w. tapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.

5. Kamu mendakwa mencintai Syurga, tapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

6. Kamu mendakwa membenci Neraka, tapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.

7. Kamu mendakwa mati itu benar, tapi kamu tidak bersedia untuknya.

8. Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain, tapi kamu lupa keaiban diri sendiri.

9. Kamu makan rezeki Allah, tapi kamu lupa mensyukurinya.

10. Kamu mengkebumikan jenazah saudaramu, tapi kamu lupa mengambil iktibar daripadanya.
Salam sejahtera.

Janganlah kita tinggalkan sembahyang fardhu walaupun satu waktu…tidak ada alasan untuk kita meninggalkan sembahyang selagi nyawa kita masih berdegup… inilah rahsia kita mengerjakan sembahyang fardhu mahupun sunnat

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdoa.

Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan “kata kunci”,? “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku). (HR Ahmad).-DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Assalamualaikum ……….

Rahsia Solat

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1 – Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 – Rukuk : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – Iktidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 – Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 -Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 -Selawat Nabi: Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…..” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain…

p/s: jika ada salah silap..sila perbetulkan.. wallahualam..
Assalamualaikum


Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.

Nama syaitan


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH


2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB


3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU


4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK


5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS


6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'


Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan" !!!!


7) SIROTHOLLAZI. .......... ... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.


8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.


Perhatian ;


Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,


Insya-Allah.
 

©2008 the hunter of redha | DezembroI by TNB

This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates