" Wanita itu tiang negara. Apabila baik wanita maka baiklah negara. Jika rosak wanita maka rosaklah negara."
Orang yg berakhlak mulia akan dimuliakan orang. Orang lain sentiasa menghormati pendiriannya yang tegas. akhlak yang mulia seperi sekunutm bunga. Baunya wangi dan orang suka menciumnya.
Begitu juga dengan wanita yang berakhlak. Untuk menjadi seorang wanita yang berakhlak mulia, pemalu dan mampu meletakkan diri mereka pada kedudukan yang tinggi disisi Allah, ialah dengan cara :
Menjaga Maruah Diri
- Hendaklah sentiasa menjaga maruah, kemuliaan dan kehormatan diri.
- Mengekalkan sifat pemalu
- Dapatkan izin ibu atau bapa sebelum keluar rumah.
Menutup Aurat
- Wajib menutup aurat diluar rumah.
- Tidak memakai pakaian nipis hingga menampakkan warna kulit.
- Guna pakaian yang loggar dan tidak ketat yang tidak menampakkan susuk dan bentuk tubuh badan.
- Jangan mendedahkan bahagian tubuh seperti leher, dada, rambut, lengan, kaki, betis, punggung dan perut.
- Pakai sarung kaki kerana kaki itu aurat.
- Pakai sarung lengan jika lengan baju pendek atau besar.
Tabarruj
- Pakaian warna suram.
- Tidak berhias lebih-lebihan.
- Tidak memakai barang kemas yang berlebih-lebihan.
- Tidak memakai wangi-wangian dengan niat menarik perhatian lelaki yang bukan mahram.
Akhlak
- Lemah lembut dan bersopan santun dalm perilaku seharian
- Tidak menjerit, terlolong atau ketawa berdekah-dekah sebaliknya sentiasa merendahkan suara
- Memaiaki pakaian yang menutup aurat dan sopan ketika beriadah.
- Guna pakaian yang sopan di kalangan mahram atau keluarga lelaki.
- Dduk dengan postur yang sopan.
- Jangan menggunakan perkataan dan bahasa tubuh yang menggoda.
- Tundukkan pandangan, jangan menegur atau menberi salam apabila bertemu lelaki.
- Jangan membiasakan diri makan di kedai atau di tepi jalan.
Pergaulan
- Tidak bercampur gaul dengan pelajar lelaki.
- Tidak bersalaman dan bersentuh kulit dengan yang bukan mahram.
- Tidak tinggal serumah dengan lelaki yang bukan mahram.
- Menjaga aurat dikalangan perempuan bukan Islam dengan menutup seluruh badan kecuali bahagian yang terbiasa terdedah sewaktu bekerja.
- Berjalan dan duduk di dalam majlis di belakang lelaki.
- Jangan terlalu berchatting, ber`myspace' dan ber'facebook dangan kenalan lelaki.
Aktiviti Luar
- Jangan mendedahkan diri di tempat yang tidak bermoral yang boleh minimbulkan fitnah.
- Keluar berkumpulan atau bersama mahram. Jangan keluar bersendirian terutama pada wwaktu malam. Elakkan lalu di tempat yang sunyi atau dihadapan lelaki.
- Jangan sering bertandang ke rumah jiran.
- Jangan bergaul dengan perempuan yang buruk akhlaknya.
- Jangan berjalan kaki di tempat sunyi pada masa yang sama setiap hari. Ubah rutin laluan dan masa.
- Jangan menaiki motosikal ataupun kereta dengan yang bukan mahram.
- Jangan berdua-duaan dengan lelaki yang buakn mahram.
- Jika terperangkap dalam bahaya, kuatkan semanagt dan lawan habis-habisan.
- Apabila berjalan di jalan raya atau lorong, ikutlah laluan yang bertentangan dengan arus lalu lintas.
- Berwaspada sebaik sahaja menggunakan ATM.
- Jangan memakai barang kemas yang dapat dilihat dengan jelas.
Keselamatan Tempat Tinggal
- Kunci rumah dengan sempurna ketika keluar rumah dan ketika sebelum tidur.
- Buat baik dengan jiran.
- Jangan menerima tetamu lelaki yang bukan mahram.
Ibadah
- Jangan meninggalkan solat apabila berada dalam keadaan sukar seperti perjalanan, ketikamelakukan aktiviti outdok dan sebagainya.
- Banyakkan beribadah seperti solat sunat, berzikir, membaca al-Quran dan belajar fardhu ain.
Kesihatan dan Pemakanan
- Jaga kesihatan diri dan pemakanan supaya tubuh badan menjadi cergas, produktif, terhindar daripada penyakit dan mengelakkan obesiti.
- Jangan sesekali mencuba merokok atau mengambil dadah.
- Elakkan makanan ringan (junk food)
Kemahiran
- Miliki pelbagai kemahiran tambahan seperti komputer, bahasa kedua dan ketiga, membaca al-Quran, bersukan dan sebagainya.
- Biasakan diri dengan kemahiran yang lazimnya perlu bagi kaum wanita seperti memasak, menjahit, mengemas dan menghias diri.
- Sibukkan diri dengan hobi yang berfaedah.
Kesimpulan
Orang yang berakhlak mulia akan dimuliakan orang. Pada masa yang sama keselamatan diri akan terjaga. Orang lain sentiasa menghormati pendirian kita yang tegas. Jangan kita mendedahkan diri sendiri kepada ahaya atau kita sendiri akan mengundang bahaya.
Akhlak mulia ibarat sekuntum bunga. Baunya harum dan orang suka menciumnya. Intan permata yang berharga disimpan di dalam bekas tertutup dan tidak mudah dicapai oleh orang ramai tetapi batu kerikil yang tidak berharga dipijak di kaki jalanan.




0 comments:
Post a Comment