permaisuri hatiku

j0m BeruBah Same2..nak??

Tuesday, February 2, 2010

Ada seorang teman ni pada asalnya dia berminat melihat orang-orang yang memakai tudung-tudung labuh. Namun dia belum masih punya kekuatan untuk berubah secara mendadak kerana dia berasa takut kalau dia tak mampu belajar untuk istiqamah dan dia takut kalau-kalau diperli oleh teman-teman yang lain dek kalau terlalu cepat dia melakukan perubahan pada dirinya. Setelah sekian lama memendam perasaan ingin berubah telah timbul dalam hatinya untuk…

Mulakan langkah awal…

Merasakan terlalu mendadak baginya cuba untuk memakai tudung labuh dari tudung bawal yang jarang dan singkat, dia memulakan dengan menjatuhkan tudung bawalnya ke bawah dahulu. Jika dahulu dia sering menyilang tudung , dia cuba dengan mengubah untuk menjatuhkan tudungnya ke bawah. Pada hari pertama dia memakainya rakan-rakan menegur…

“makcik nak jual ape makcik?”

“kau nak pergi pasar ke ni?”

Kata-kata semangat agar dirinya dapat berubah menjadi yang lebih baik dari rakan-rakan yang diharapkan, tetapi tomahan yang mereka berikan . Tetapi Alhamdulillah masih dikuatkan hatinya untuk ditabahkan hati menahan penangan sinis dari rakan-rakan yang tidak memahami.

Tekad baru…

Setelah beberapa lama , mula timbul perasaan baru untuk memakai tudung akel(bidang 50). Tudung ni tidak la selabuh mana namun sekurang-kurangnya tidak la sejarang tudung bawal.
“Tidak sejarang tudung bawal. Iya aku nak pakai tudung bidang 50 pulak”. Dikuatkan sekali lagi hatinya untuk memakai tudung bidang 50 ke kelas.

“Tak sesuai la kau pakai ..macam mak orang “

“Ish…macam orang tua la”

Iman mula goyah

“Teruk sangat ke aku pakai tudung ni? Aku nak belajar berubah menjadi hambaNya yang lebih baik.”

“Hina sangat ke aku pakai tudung ni? Elok sangat ke kalau aku pakai tudung yang jarang?”

“Salahkah aku untuk berhijrah ke arah yang lebih baik?”

Setelah sekian lama diperli rakan-rakan , dia kembali dengan tudung yang lama. Kali ini tidak ada pula kata-kata yang menyakitkan hati. Semua orang seakan setuju dengan perbuatannya. Dia mula tertanya-tanya dalam hati… “Adakah ini yang lebih baik untukku Ya Allah?” Namun dibiarkan sahaja persoalan itu tanpa jawapan. Yang penting rakan-rakan tidak lagi mengata.

Bisikan hidayah

Walaupun mungkin telinga tenang dari penangan kata-kata sinis dari rakan-rakan, namun tak semudah itu untuk hati kekal tenang. Dicari-cari di manakah kelemahan diri. Ya, dia telah terlupa sesuatu….

Firman Allah S.W.T dalam surah An-’Alkabut ayat 2…
“Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman ,” dan mereka tidak diuji? “.

Ya..dia terlupa akan ujian Allah kepadanya. Mudahnya iman goyah dek kata-kata dalam sekelip mata. Jauh dari sudut hati telah memaki rakan-rakan yang telah memerli diri, menyalahkan yang telah menyebabkan dia kembali berubah tanpa terfikir itu mungkin ujian Allah kepadanya. Mana kan mungkin datang kepada kamu seseorang dan berkata aku sebenarnya diutuskan untuk menguji kamu? Ya,itu adalah mustahil…Tanpa disedari mungkin kata-kata dari rakan-rakan itu adalah ujian dari Allah untuk Dia mengetahui sejauh manakah kekuatan hati seorang hamba untuk berpaut pada jalan yang diredhaiNya .
“Ya Allah betapa hati ini telah mudah goyah dari landasan hidayahMu. Diharapkan masih ada lagi ruang untuk diri ini berubah.”

Ikhlaskan hati

Alhamdulillah masih ada lagi ruang untuk kembali kepadaNya . Apa yang penting sekarang adalah untuk ikhlaskan hati. Pada awalnya masih ada kata-kata yang tidak sedap didengar, namun Alhamdulillah setelah seketika tidak ada lagi kata2 sinis dari rakan-rakan. Yang tinggal hanyalah hati yang ikhlas untukMu Ya Allah. dan Alhamdulillah rakan-rakan yang dahulu asyik memerli kerana memakai pemakaian tudung labuh juga belajar memaikainya. Bahkan mereka lagi istiqamah. Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Hidayah itu sememangnya milikMu…

Kadang-kadang kita terlalu mudah mengambil kata-kata dan pandangan orang dalam membentuk peribadi diri. Sedangkan apa yang diutarakan mereka masih belum pasti betulnya..

“Orang akan kata aku hipokrit ke?”

“Boleh ke aku nak istiqamah ni?”

“Aku takut kalau orang kata aku ni hangat-hangat tahi ayam aje”

“Kalau orang pikir aku buat ni sebab orang lain macammana?”

Rakan-rakan sekalian, kita pasti tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang. Orang tetap akan mengata samaada benda yang kita buat tu betul atau salah..betul tak? Apa yang paling penting adalah apa yang kita buat itu adalah berlandaskan syariat islam demi untuk mendapatkan keredhaanNya. Itu yang penting dan lebih utama dan bukannya kata-kata dari rakan-rakan. Ikhlaskan niatmu dan kamu pasti akan mendapat pertolongan dariNya. Dia yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Mintalah agar hatimu sentiasa ditetapkan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga apa yang kita semua lakukan, sentiasa mendapat keredhaanNya…amin….

tanda-tanda kematian MULIA

Saturday, January 23, 2010

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.



moge kite termasuk antara golongan-golongan diatas....

24 perkara

Monday, January 18, 2010


Tinggalkan 24 perkara iniSesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.


1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.


2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.


3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.


4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)


6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.


7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.


8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.


11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati bolehdatang bila-bila masa.


12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.


14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.


15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.


17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.


18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.


19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.


20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.


21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.


22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.


23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.


24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

takutkah kita??

Friday, January 1, 2010

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, “Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?”

Maka berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik saya telah membaca ayatal-Qur’an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, ” Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”

Berkata orang tua itu, sambil menangis, “Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”

10 sebab doa terhijab

Wednesday, December 30, 2009

“Wahai Ibrahim Adham, Kami telah berdoa kepada Allah tetapi masih tidak diperkenankan-Nya. Beritahu kami, apakah sebabnya?” Ibrahim Adham menjawab, “Terhijabnya doa disebabkan sepuluh perkara.....”

1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-Nya (Perintah-Nya)

2. Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak beramal dengannya.

3. Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu, tapi kamu menurut hasutannya.

4. Kamu mendakwa mencintai Rasulullah s.a.w. tapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.

5. Kamu mendakwa mencintai Syurga, tapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

6. Kamu mendakwa membenci Neraka, tapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.

7. Kamu mendakwa mati itu benar, tapi kamu tidak bersedia untuknya.

8. Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain, tapi kamu lupa keaiban diri sendiri.

9. Kamu makan rezeki Allah, tapi kamu lupa mensyukurinya.

10. Kamu mengkebumikan jenazah saudaramu, tapi kamu lupa mengambil iktibar daripadanya.
Salam sejahtera.

Janganlah kita tinggalkan sembahyang fardhu walaupun satu waktu…tidak ada alasan untuk kita meninggalkan sembahyang selagi nyawa kita masih berdegup… inilah rahsia kita mengerjakan sembahyang fardhu mahupun sunnat

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdoa.

Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan “kata kunci”,? “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku). (HR Ahmad).-DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Assalamualaikum ……….

Rahsia Solat

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1 – Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 – Rukuk : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – Iktidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 – Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 -Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 -Selawat Nabi: Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…..” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain…

p/s: jika ada salah silap..sila perbetulkan.. wallahualam..
Assalamualaikum


Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.

Nama syaitan


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH


2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB


3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU


4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK


5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS


6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'


Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan" !!!!


7) SIROTHOLLAZI. .......... ... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.


8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.


Perhatian ;


Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,


Insya-Allah.

asal usul api dineraka

Saturday, December 12, 2009

Ditulis oleh Syed Mohd Azlan

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : sebesar kurma...
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari ap i neraka utk di bawa ke dunia. Maka jibril as un mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbegai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

MOGA ada manafaat dari riwayat ini.

Tujuh Golongan Yang Dinaungi Allah di Akhirat

Tuesday, December 1, 2009




Tujuh golongan yang Allah meneduhi mereka di bawah teduhanNya, pada hari yang tiada teduhan melainkan teduhanNya :

1) Pemimpin yang adil.

2) Dan seorang remaja yang membesar meningkat umurnya dalam keadaan ia sentiasa beribadat kepada Allah .

3) Dan seorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid-masjid

4) Dan dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah , mereka bertemu kerana Allah dan berpisah keranaNya.

5) Dan seorang pemuda yang digoda untuk berzina oleh seorang perempuan yang mempunyai pangkat lagi jelita , maka ia berkata “ Aku takut kepada Allah!”

6) Dan seorang yang bersedeqah dalam keadaan menyebunyikannya sehingga tangan kirinya tidak ketahui apa yang disedeqahkan oleh tangan kanan.

7) Dan seorang yang mengingati Allah dalam keadaan bersendirian,lalu menitis air matanya.

(Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

ciri-ciri sahabat yang baik

Thursday, November 26, 2009

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya​;​

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-​hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Our mistake !... ambillah pengajaran daripadanya..


Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati dan dikagumi ialah Dato’ Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah beliau..

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak.​.​dengan alasan kita sedang
berpuasa.​.​sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh.​.​Sebenarnya,​ kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut.​.​kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh) .

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung
dengar… kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala…Sebenarnya​ kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ! ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk
niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri…Berkena​an dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal.​.​Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..! Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan “Hamdan hamidin”, “Hamdan zakirin”, atau “Hamdan syakirin”.. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: “Hamdal-​hamidin” , “Hamdaz-​zakirin” dan “Hamdasy-​syakirin” . (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah.​.​terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya.​.​berjaga2.​ ….jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba’diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan.​.​contohny a jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama.​.​contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba’diah, tiba2 ada tetamu datang.​.​tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba’diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqada selepas solat asar.. walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba’diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan.​.​kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat.​.​utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa….. Renung-​renungkanlah.​.​.​.​.​.​

Fasa-fasa bulan

Tuesday, November 24, 2009


Allah SWT berfirman : " Dan telah Kami tetapkan tempat peredaran bagi bulan, sehingga (setelah sampai ke tempat peredaran terakhir) kembalilah ia seperti bentuk yang tua." (Yasin:39)

Begitu jelas seklai Allah SWT menceritakan keadaan rupa bentuk bulan semasa ia mengelilingi bumi. Andai kata bulan kekal tidak bergerak, maka tidak mungkin kita dapat melihat perubahan fasanya (Aujahul Qamar), daripada ketika kali pertama melihat hilal,kemudian ia membesar menjadi bulan sabit, seterusnya ke bentuk bulan separuh, kemudian membesar menjadi bulan purnama, kembali mengecil ke bulan sabit tua dan seterusnya kembali mendekati matahari.

Ia juga menunjukkan bahawa bulan itu sebenarnya tidak mengeluarkan cahayanya sendiri, malah bergantung penuh kepada matahari untuk bersinar di langit bumi.



Sumber : Asuh disember 2009

Larangan memberi Salam


1. Dilarang memberi salam dengan isyarat kecuali ada keuzuran seperti sedang solat atau bisu atau kerana orang yang akan diberi salam jauh jaraknya. Jabir bin Adbillah r.a meriwayatkan bahawa rasulullah SAW bersabda: " Janganlah kalian memberi salam seperti orang-orang yahudi dan Nasrani, kerana sesungguhnya pemberian salam mereka memakai isyarat dengan tangan."(Riwayat al-Baihaqi)

2. Makhruh memberi salam kepada orang yang sedang membuang air atau mandi. Ibnu Umar r.a menyebut : "Bahawa ada sesorang yang lewat sedangkan Rasulullah SAW sedang buang air kecil, dan orang itu memberi salam. Maka Nabi tidak menjawabnya. (Riwayat Muslim)

3. Dilarang memberi salam kepada orang yang sedang mengajar dalam majlis ilmu, orang yang sedang membaca al-Quran kerana dibimbangi terganggu apa yang dibaca atau diperkata (hilang idea).

4. Dilarang memberi salam kepada orang yang sedang makan kerana takut tercekik.

Perempuan menangis kerana........


1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Pengemis ...


Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah SWT". Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.

Semenjak dari peristiwa itu maka Allah SWT pun mengubah kehidupan orang kaya tersebut dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga menjadi seorang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang hina. Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari rumah ke rumah.

Pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu daripada rumah tersebut. Ibu tersebut amat kagum dengan kecantikkan gadis tersebut lalu memperlawanya masuk kedalam rumahnya. Oleh kerana kagum dengan kecantikkannya, si ibu berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Setelah selesai perkahwinan, si ibu memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.




Pada suatu malam, semasa waktu makan malam, gadis tersebut makan bersama suaminya. Oleh kerana kudung yang tidak diketahui si suami kerana ibunya merahsiakannya si gadis tersebut makan menggunakan tangan kiri. Apabila si suami melihat keadaan isterinya itu, maka disuruhnya gadis tersebut makan dengan tangan kanan. Si isteri tetap makan dengan tangan kiri meski suaminya berulang-ulang kali menyuruh menggunakan tangan kanan. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu "Keluarkanlah tangan kananmu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas keranaKu, maka tiada halangan bagiKu untuk mengembalikan kembali tanganmu itu." Setelah gadis itu mendengar, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya berada dalam keadaan asal.

Hendaklah kita menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin. Apabila dia datang kerumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah SWT. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku, dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah SWT".

Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya tetamu itu apabila datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat"

Sahabatku???

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar.

Khalifah ‘Umar

Sebenarnya siapakah yang kita caci?

Sunday, November 22, 2009

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya​.​
Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?
Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu,​ dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
(Hadith Riwayat Ahmad)
===========
Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah? Sebanyak mana keburukan dan kesalahan mereka yang kita ketahui, Allah lebih mengetahui. Walaupun sebanyak buih di laut, keampunan dan kasih sayang Allah jauh lebih luas daripada itu.
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan marilah kita bertaubat dan bertekad tidak akan mencaci sesama kita lagi.

Blogger the hunter of redha : Hadith ini bagus untuk pengajaran bersama kerana cuba kalau kita fikirkan, cacian dan makian ini menjadi satu fenomena biasa seperti yang kita perhatikan disekeliling kita. Ia selalu menggambarkan sikap marah dan tidak puas hati terhadap seseorang tetapi, adakah mereka fikir akan apa yang mereka caci itu? Sesungguhnya, jika kita mnecaci manusia, ia adalah ciptaan Allah dan jika kita caci itu bermakna kita mencaci ciptaan Tuhan. Hukumnyna .. 
Marilah kita muhasabah diri kita bersama.....

Adakah diri anda disayangi?? Check it out ....

Friday, November 20, 2009

1. Sekurang-​kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-​kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur…..
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,​ tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.​
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela…..
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.

Alangkah beruntungnya ada sahabat baik kerana....

Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.

Space

Thursday, November 19, 2009


Pada 158 billion tahun cahaya yang lalu, ketika itu alam semesta kita bentuknya seperti bola, panasnya tidak dapat diukur kerana terlampau panas. Ianya membesar apabila empat elemen pecah dan berselerak menyebabkan pertambahan pada isipadu alam semesta. 4 eleman tersebut ialah graviti, kuasa nuklear lemah, kuasa nuklear kuat dan keelektromagnetik.. Semasa dalam proses pengembangan itu, elemen graviti terpisah. Selepas pengembangan tersebut, suhu spacemenurun sehngga satu billion darjah celcius. 4 elmen tersebut berselerakke seluruh space.

Sumber dari Hikmah....
 

©2008 the hunter of redha | DezembroI by TNB

This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates