permaisuri hatiku

kebiksanaan luqmanul hakim

Thursday, November 19, 2009

Assalamualaikum​ W.B.R dan Salam ukhuwah...

"​Hadiah.​.​.​hadiah apa aku nak bagi ni?"Persoalan ini sedang bermain di minda tatkala hari jadi insan teristimewa makin tiba..Mahal atau murah?Ahh..tu tak penting yang penting ikhlas.​Tapi.​.​kalau bagi,leh datangkan kebaikan atau keburukan?

Tetiba saya teringat satu kisah yang pernah didendangkan masa belajar fardu ain kat sekolah petang(sekolah agama) masa kecik2 dulu...


KISAH-KISAH DAHULUKALA..


Seorang wanita yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman al-Hakim dan berpesan;

"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."

Setelah kambing itu disembelih, Luqman mengirimkan kepada wanita tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya.

Namun pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Loqman tetap mengirim hati dan lidah juga kepada wanita itu.

"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"

Tanya wanita tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab;

"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."

Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Loqman. Hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.



Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-​perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-​perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.

Ketahuilah ia adalah HATI."

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)


p/s:Sebenarnya keikhlasan hati itulah hadiah paling bernilai.​Begitu juga dalam soal ibadat..Kalau hati kita niat melakukan sesuatu kerana Allah S.​W.​T,​insya'​Allah apa yang kita kerjakan akan mendapat ganjaran yang tak ternilai harganya..

Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment

 

©2008 the hunter of redha | DezembroI by TNB

This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates