

Kadang2 aku terfikir kenapa mesti aku ada kawan??
Lagi sekali aku terfikir ape gunanya kawan??
Bila aku ada kawan baru aku tahu apakah itu kawan.
Kawan sama juga dengan sahabat,rakan dan apa2 sahaja yang menggambarkan satu persahabatan yang suci tanpa ada sengketa sesama kita..
Sesungguhnya memang sukar untukku temui kawan,rakan dan sahabat yang sejati..
Tetapi
Aku bersyukur kerna aku punya kawan..
Kawan akan tolong kita tika kesusahan...
Bakal menasihati kita dikala kita kealpaan
Bakal memberi dorongan jika kita dalam kegagalan
Bakal menemani kita di pelayaran mencari secebis ilmu
Dan
Bakal membimbing kita kejalan yang diredhati oleh Allah
Itulah kawan yang baik..
Kawan yang baik tidak akan meninggalkan kita terkapai-kapai sendirian mengharungi ujian hidup
Tetapi jika ia berlaku ingatlah bahawa pasti ada masalah yang dihadapinya membuatkan dia berkelakuan begitu..
Mana bisa seorang kawan melakukan itu
Kadang2 ade pendapat kata jika kita kawan dengan orang yang jahat kita jadi jahat..
Tetapi bagi sy cara kawan itu mempengaruhi kita dan bagaimana kita boleh terpengaruh dengannya..
Jika kita rasa perkara kita lakukan itu benar sepatutnya kita yang mempenyaruhi kawan bukan kawan yang mempengaruhi kita.
Dan disitulah terletknya kekuatan seorang kawan yang baik.
Sekian itu sahaja untuk hari ini..




0 comments:
Post a Comment